1st Batch UA :)
Mencapai cita-cita,
Setiap langkah maju ke hadapan,
Meredah liku-liku halangan,
Menjadi yang pertama,
Di dunia,
Membawa kejayaan,
Bersatu, Bersama,
Menempuhi rintangan.
Chorus :
Ayuhlah kita semua,
Mencapai cita-cita.
Kami generasi ulul albab,
Bergerak maju langkah ke hadapan,
Bersama cita-cita yang tinggi bersama,
Itulah kami.
Kami generasi ulul albab,
Berpegang pada sunnah dan Al-Quran,
Menjadi amalan juga panduan,
Dunia akhirat.
Terus mengorak langkah
Mencari kejayaan tanpa henti
Dengan sepenuh hati
Menghadapi dugaanNya..
Ulang chorus.
Ulul Albab.... Quranik
Ulul Albab.... Ijtihadik
Ulul Albab.... Ensiklpedik
Ulul Albab.... Ooooohh.
Program Ulul Albab iaitu satu program pendidikan integrasi antara program pendidikan sedia ada (Sains Tulen) dengan program aliran agama termasuk Tahfiz al-Quran. Program pendidikan MRSM Ulul Albab ini akan melahirkan ahli profesional, teknokrat dan usahawan serta mahir dalam bidang keagamaan berlandaskan al-Quran dan al- Sunnah sebagai generasi Ulul Albab.
Ulul Albab bermaksud satu golongan yang mempunyai asas yang kukuh dalam Al Quran, ilmu pengetahuan yang luas dan pelbagai, mampu berfikir dan memerhati kejadian tuhan melalui mata hati dan akal yang tajam serta mengambil iktibar darinya.
Objektif utama pelaksanaan Program Ulul Albab adalah untuk melahirkan genarasi Ulul Albab yang bercirikan 3 komponen iaitu:
QURANIK
Hafiz 30 juzu’ Al Quran serta memahami berdasarkan konsep Baca, Ingat, Faham, Fikir, Amal dan Sebar.
Dilakukan bermula seawal jam 5.00 pagi seterunya 7.40 -9.00 pagi dan secara formalnya dan antara waktu selepas maghrib sehingga pukul 9.30 malam
Sasaran hafazan ialah 30 juzu’ al-Quran selama 3 tahun ( Tingkatan 1- 3).
ENSIKLOPEDIK
Berpengetahuandan kemahiran tinggi, menjadi tempat rujukan serta menguasai pelbagai bidang ilmu dan bahasa asing.
Kelas Bahasa Jepun, Mandarin akan diadakan.
Kemudahan ICT yang lengkap dan terkini.
IJTIHADIK
Berkeupayaan memberikan memberikan pandangan dalam penyelesaian umat, memaksimakan keupayaan otak dan minda, berfikiran kreatif dan inovatif serta berteknologi tinggi. Mempunyai kelab-kelab berteknologi tinggi seperti avionik, robotik dan solar.
Aktiviti kokurikulum konvensional bagi memantapkan sahsiah dan perkembangan minda dan fizikal para pelajar.
VISI
HIRKAN GENERASI ULUL ALBAB YANG BERCIRIKAN QURANIK, ENSIKLOPEDIK DAN IJTIHADIK YANG MEMENUHI KEPERLUAN BIDANG PROFESIONAL IAITU SAINS DAN TEKNOLOGI BAGI MENCAPAI KEGEMILANGAN UMMAH BERDASARKAN PENDEKATAN ISLAM HADHARI.
MISI
MEMBENTUK DAN MENDIDIK PELAJAR KE ARAH CEMERLANG, GEMILANG DAN TERBILANG DALAM BIDANG AGAMA DAN AKADEMIK MELALUI PEMBUDAYAAN AL-QURAN SEBAGAI TERAS ILMU SERTA MEWUJUDKAN IKLIM PEMBELAJARAN YANG KONDUSIF
No comments:
Post a Comment